Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan peraturan dan sebuah badan khusus untuk mengawal selia individu yang terlibat dalam perkhidmatan penghantar barangan dan makanan menggunakan motosikal (p-hailing).
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ia sebagai usaha membela kebajikan mereka yang menjadikan bidang tersebut sebagai kerjaya.